Jumaat, 15 Mei 2009

Jawatan kuasa





JAWATANKUASA KERJA KAMPUNG (JKKK)


SENARAI JKKK

PENGERUSI : JANA BIN HAJI SAPIEE
TIMBALAN : HAJI RAMLI BIN MUDIN
SETIAUSAHA : SAAT BIN SERON
AJK :
1. SAILI BN HAJI SITAT
2. DIAN BIN SAIE
3. ARENI BIN SAIE
4. MITAI BIN DUGOK
5. SEBI BIN BANARI



G. PERTANIAN

1. Tanaman kelapa/kelapa sawit
2. Tanaman padi
3. Tanaman kontan (jagung, tembikai, cili, keledek dan lain-lain)
4. Ternakan ikan, ayam, kambing, lembu



I. PERIKANAN

1. Ternakan ikan kolam
2. Ternakan udang galah








J. KEMUDAHAN ASAS

Perpustakaan Kampung Jemukan

Kawasan Masjid

L. KESIHATAN

Klinik Kesihatan Kampung Jemukan


Waktu Operasi :

Hari : Isnin-Jumaat
Masa : 0800 pagi- 5.00 petang

Senarai pekerja :

Pembantu Perubatan : 1 orang
Jururawat : 2 orang
Pekerja am : 2 orang
No. telefon :




M. PENDIDIKAN

Senarai Pusat-pusat pendidikan :
Tabika KEMAS : Tabika KEMAS 1 dan 2
Pra sekolah : Pra sekolah 1 dan 2
Sekolah Rendah : SK Kampung Jemukan
Sekolah Menengah : SMK Semera



SK JEMUKAN

Pelajar-pelajar yang baru sahaja selesai menyertai kegiatan ko-kurikulum berbasikal pulang ke rumah masing-masing.
SJK Chung Hua Jemukan; terletak berhampiran dengan Simpang masuk
ke Kampung Jemukan


SMK Semera ; terletak di antara sempadan Kampung Jemukan dan Semera



N. KESELAMATAN

RELA

Pengerusi :LEFTENAN MAT B SEBLI
Timbalan :JARAWI B UNAI
Jumlah ahli :




Kegiatan ekonomi























KEGIATAN EKONOMI

1.Tanaman sayur; salah satu punca pendapatan penduduk Jemukan(rujuk gambar diatas)

2.Nelayan
Salah seorang nelayan sedang sibuk membaiki perahu.(rujuk gambar diatas)


3.Kebun kelapa dan Nenas: walaupun harganya jarang sekali naik
(dan tidak stabil ) ianya masih lagi menjadi punca pendapatan utama.(rujuk gambar diatas)



Populasi


B. POPULASI

INFO PENDUDUK

Jumlah keluarga : 315 keluarga
Jumlah penduduk : 2017 orang
Kaum/bangsa :
1. Melayu
2. Cina
3. Iban

Pekerjaan/ Kegiatan ekonomi :
1. Petani/pekebun
2. Nelayan
3. Pekerja kilang( mengupas udang)
4. Pekerja kilang elektronik
5. Guru
6. Lain-lain(kakitangan kerajaan/perniagaan kecil-kecilan)

Panorama Aktiviti




































  1. PANORAMA/AKTIVITI KAMPUNG

    Kaum kanita sedang khusyuk mendengar ceramah agama yang diadakan pada setiap rabu, jam 2.00 petang
  2. Aktiviti sukan rakyat
  3. Tarian poco-poco










Pelan Penempatan

PELAN PENEMPATAN PENDUDUK/SUSUN ATUR KAMPUNG


Deretan rumah penduduk

Nama Kampung Induk : Kampung Jemukan
Nama-nama Kampung Rangkaian :
a) Jemukan Ulu
b) Jemukan Tengah
c) Jemukan Hilir
No. Telefon Penghulu Kampung : 082-827
Alamat Surat Menyurat :
Penghulu,
Kampung Jemukan,
94600 Asajaya,
Samarahan,
Sarawak

Peta Lokasi


PETA LOKASI KAMPUNG

Parlimen : P.21 Batang Sadong (Pendam)
Dewan Undangan Negeri : N.20 Sadong Jaya
Nama YB Ahli Parlimen : YB Datuk Ali Haji Abdul Taib Mahmud
Nama YB ADUN : YB Wan Wahab b. Wan Sanusi
Daerah : Asajaya
Bahagian : Samarahan
Nama Pemangku Daerah : Puan Sayumah bt Mohamad
Nama Penghulu Mukim : Haji Abdul Karim
Nama Penghulu Kampung : Haji Derahim bin Peli
Nama Ketua Kampung : Haji Jana bin Sapiee
Nama Kaunselor : Haji Subari







SENARAI KETUA KAMPUNG

1. Haji Kahar
2. Hamdan bin Kadir
3. Dollah bin Maknun
4. Haji Derahim bin Peli ( Penghulu)
5. Haji Jana bin Piee

A)Penghulu Haji Derahim bin Peli
B)Ketua Kampung Haji Jana bin Sapiee

profil











A. LOKASI/MAKLUMAT AM

PENGENALAN




Kampung Jemukan adalah merupakan salah sebuah perkampungan melayu yang terletak berhampiran dengan Laut Cina Selatan di dalam Daerah Kecil Asajaya, Samarahan, Sarawak.
Kampung ini telah menerima pelbagai kemudahan dari pihak kerajaan seperti sebuah sekolah rendah, klinik kesihatan desa, perpustakaan, kemudahan telefon, bekalan elektrik dan juga air paip. Pembinaan jalan raya bertar juga telah memudahkan pergerakkan penduduknya ke kawasan-kawasan lain dalam masa yang lebih singkat berbanding dahulu.
Perjalanan ke Bandar Kuching memakan masa selama satu jam setengah iaitu sejauh 80 km (menggunakan feri) atau 115 km jika menggunakan jalan darat.


SEJARAH AWAL
Kampung ini telah diasaskan oleh Haji Kahar pada tahun 1920-an. Menurut kata orang dulu-dulu, ada di antara penghuni terawal kampung ini yang berasal dari kawasan Bahagian Kedua yang kononnya terpaksa melarikan diri dari ancaman lanun di kampung asal mereka. Semasa menyusuri persisiran pantai menggunakan perahu, mereka telah singgah di kampung ini dan seterusnya membina penempatan awal di kawasan yang berhampiran dengan Laut Cina Selatan.
Nama “Jemukan” adalah nama yang diberikan sempena dengan singkatan dari perkataan “ Jemu makan ikan”. Ini adalah kerana pada masa dahulu kawasan ini adalah merupakan lubuk pelbagai jenis ikan. Diberitakan juga, jumlah ikan yang terlampau banyak itu telah menyebabkan penduduk kampung merasa jemu untuk memakan ikan-ikan tersebut yang boleh didapati dengan begitu mudah sekali.