Jumaat, 15 Mei 2009

profil











A. LOKASI/MAKLUMAT AM

PENGENALAN




Kampung Jemukan adalah merupakan salah sebuah perkampungan melayu yang terletak berhampiran dengan Laut Cina Selatan di dalam Daerah Kecil Asajaya, Samarahan, Sarawak.
Kampung ini telah menerima pelbagai kemudahan dari pihak kerajaan seperti sebuah sekolah rendah, klinik kesihatan desa, perpustakaan, kemudahan telefon, bekalan elektrik dan juga air paip. Pembinaan jalan raya bertar juga telah memudahkan pergerakkan penduduknya ke kawasan-kawasan lain dalam masa yang lebih singkat berbanding dahulu.
Perjalanan ke Bandar Kuching memakan masa selama satu jam setengah iaitu sejauh 80 km (menggunakan feri) atau 115 km jika menggunakan jalan darat.


SEJARAH AWAL
Kampung ini telah diasaskan oleh Haji Kahar pada tahun 1920-an. Menurut kata orang dulu-dulu, ada di antara penghuni terawal kampung ini yang berasal dari kawasan Bahagian Kedua yang kononnya terpaksa melarikan diri dari ancaman lanun di kampung asal mereka. Semasa menyusuri persisiran pantai menggunakan perahu, mereka telah singgah di kampung ini dan seterusnya membina penempatan awal di kawasan yang berhampiran dengan Laut Cina Selatan.
Nama “Jemukan” adalah nama yang diberikan sempena dengan singkatan dari perkataan “ Jemu makan ikan”. Ini adalah kerana pada masa dahulu kawasan ini adalah merupakan lubuk pelbagai jenis ikan. Diberitakan juga, jumlah ikan yang terlampau banyak itu telah menyebabkan penduduk kampung merasa jemu untuk memakan ikan-ikan tersebut yang boleh didapati dengan begitu mudah sekali.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan